Saturday 30 July 2011

Hujan Malam

Sedang aku berbaring mahu tido pada suatu malam, tiba-tiba aku dihujani berbagai-bagai persoalan. Antaranya ialah, adakah Man Utd akan menjadi juara Epl yang ke-20 dan juga berapa banyak duit raya untuk aku tahun ni. Persoalan-persoalan seperti ini kerap menghujani benak kepala aku di kala malam menjelang. Walaupun cuaca baik dan tak hujan, tapi mereka tak jemu-jemu menghujani aku. 


Tapi, pada malam itu juga lah, aku turut dihujani dengan beberapa ketul bahan kumuh cicak. Sampai sekarang aku masih mencari cicak tersebut. Celaka kau cicak.

Friday 29 July 2011

Buat Serabut

Hari ni aku bukak tibi. Bila dah bukak tibi, aku pun bukak baju. Maksudnya aku tengah panas. Tapi, seluar aku masih pakai lagi. Apa gila nak bukak seluar tak pasal-pasal, ye dak? Bila dah bukak tibi, aku pun tengok Spongebob. Bukan apa, tengok kartun ni jauh lagi bagus dari tengok Kilauan Emas dan Si Capik. Percayalah cakap aku, jauh lagi bagus. Pastu, aku pun tengok Buletin Utama, yakni berita yang menggambarkan pihak kerajaan tu 100 peratus bersih, tulus, tak main rasuah, tak pernah pakai tudung rambut terjulur dan tak pernah guna Botok cucuk kat pipi. 


Tapi, ada sesuatu yang selalu mengganggu pemandangan aku. Kehadirannya tak pernah pun ditunggu-tunggu. Setiap kali beliau muncul, mesti aku tukar channel lain. Channel tu maksudnya siaran. Sekali-sekala, aku pun nak jugak tulis bahasa omputih. Beliau ni kalau dalam wayang pun muncul jugak. 


Apa dia? Iklan KLMU lah. 

Khutbah Lapar

Hari Jumaat, hari di mana orang laki-laki pergi masjid. Orang yang bukan laki-laki seharusnya berada di rumah dan masakkan lauk untuk orang laki-laki sesudah balik dari masjid. Lauk itu tidak patut berkolesterol rendah kerana lauk yang berkolesterol rendah biasanya tak sedap dan menyukarkan orang laki-laki untuk menambah nasi lebih. 


Orang laki-laki pula disarankan untuk berhati-hati apabila pulang dari masjid. Ini kerana kebanyakan orang laki-laki yang lain biasanya mahu pulang ke rumah dengan cepat sebab sudah tak tahan untuk melantak. Itu lah yang sering terjadi kepada saya, sudahnya satu apa pun saya tak dengar apa yang khatib sampaikan. 

Thursday 28 July 2011

Lelaki Normal



Inilah yang pihak laki-laki selalu buat bila pihak pempuan pergi shopping. 

Asrama Syaitan

Aku dulu sekolah asrama. Aku dah merasa sekolah asrama biasa dengan asrama penuh. Sekolah asrama biasa selalunya mendapat reputasi yang kurang baik dari sekolah asrama penuh. Mak bapak budak biasanya memang suka kalau anak mereka masuk asrama penuh ni. Apa yang mereka taktaw ialah sekolah asrama penuh ini sebenarnya sekolah asrama penuh dengan syaitan. 


Jenayah yang berlaku di sekolah asrama penuh ini biasanya macam takde langsung. Ini kerana kebanyakan kes yang durjana tidak dihebohkan demi menjaga nama baiknya. Tapi, Integrasi Kuantan terkecuali dalam hal ini. Ini disebabkan aku sekolah kat sana dulu. Untung benar sekolah tu. 

Wednesday 27 July 2011

Cara Bijak

Cukur semua janggut, misai dan segala bulu yang boleh dilihat oleh orang lain secara zahirnya. Pakailah songkok senget sikit dan lumurkan sebahagian kaki seluar dengan tanah dan pelbagai kotoran. Selain itu, cuba hisap lolipop dan tunggang basikal bersama beberapa orang kanak-kanak. Perkara paling penting, sentiasa buat muka yang paling comel dan buat-buat teruja bila ada orang nak ambik gambar.


Begitulah caranya untuk dapatkan duit raya lebih tahun ini. Selamat mencuba. 

Tuesday 26 July 2011

Perjanjian Perut

Semalam aku telah membuat perjanjian dengan perut aku untuk berhenti meminta makanan bila lewat malam menjelang.  Perjanjian tersebut dibuat ketika waktu tengah hari bertempat di ruang tamu rumah aku. Perut aku pun setuju. Bila dia dah setuju, aku pun gembira. 


Bila malam menjelma, perut aku dah mula buat hal. Mintak itu, mintak ini. Sekejap nak ketupat palas, sekejap nak lempeng. Keadaan ini membuatkan aku berasa kesian padanya. Akhirnya, aku mengalah. Perjanjian itu terpaksa dibatalkan dan mungkin perjanjian lain akan dibuat pada esok hari. 

Monday 25 July 2011

Cahaya Muka

Kadang-kadang, aku suka fikir benda yang pelik-pelik. Sebagai contoh, aku suka tengok lampu dan fikir kenapa mesti ada serangga yang bengap-bengap suka main dekat lampu itu. Aku terfikir apa benda yang membuatkan mereka begitu jakun dengan lampu yang tak seberapa tu. Nak dikatanya cantik, tak juga. Nak dikatanya mahal, biasa-biasa saja. Kenapa mereka tak mahu berkawan dengan kelip-kelip? Sombong sangat kah kelip-kelip itu sampai taknak berkongsi cahaya sesama mereka? Atau mereka geli sebab cahaya kelip-kelip hanya terhasil di bahagian punggung nya saja? 


Tapi, yang aku lagi pelik adalah, kenapa serangga-serangga yang suka benar cahaya ni taknak kerumun muka aku? Muka aku ni tak cukup bercahaya kah? Persoalan-persoalan ini ternyata sangat sukar untuk dirungkaikan. 

Friday 22 July 2011

Asstro Tahi

Tadi aku melihat tibi untuk melihat pasukan Malaysia lawan dengan pasukan biasa-biasa lagi tak ternama yang orang semua panggil Chelsea. Permainan agak hambar dan penuh dengan kebosanan. Bosannya boleh kata macam tengok sebotol sos tiram di dapur berjam-jam dengan harapan ia akan bertukar menjadi sebotol mayonis. 


Tapi, kat tempat aku, hujan juga turut berlangsung. Berbeza sekali dengan permainan di tibi, hujan tersebut agak rancak dan penuh bersemangat. Sekali-sekala, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bahasa apa yang disepoikan itu masih menjadi tanda tanya. Yang aku geram nya, kalau hujan sikit tu bermakna Asstro akan buat tahi dan sangat menjengkelkan. 
Bodoh punya Asstro.

Monday 4 July 2011

Cuti Lama

Sekarang aku tengah cuti panjang di rumah. Bunyinya macam sesuatu yang menyeronokkan. Bunyinya jelah yang seronok tapi aku tak seronok langsung. Mana tak nya, bangun tido terus duduk kat meja makan. Puas melantak baring tengok tibi pulak. Pastu sambung main game. Bila dah bosan, update blog. Kalau takpun, main lambung-lambung kucing aku. Aku berpeluh time takde letrik jelah. 


Sekarang aku nak pergi timbang berat aku. Tengok tu, nak timbang berat pun boleh update blog lagi. Wish me luck.

Puisi Politik

Politik itu tak pernah bodoh
Politik itu tak pernah kotor
Politik itu tak pernah hina


Tanpa politik, komuniti terencat
Baik dari segi ekonominya
mahupun sahsiahnya


Yang mencorakkannya begitu
Yang membuatkannya dipandang jelek
Yang menjadikannya sampah dunia


Adalah mereka yang mendambakan kepingan-kepingan kertas yang kita semua panggil, DUIT

Sunday 3 July 2011

Kucing Saya

Di rumah aku terdapat tiga ekor kucing yang mak aku bela hasil kutipan dari warung makan berdekatan. Nama-nama yang diberi adalah Tompok, Kiki ngan Koko. Walaupun nama-nama tu semuanya takde unsur islamik pun, tapi mereka tetap kucing yang baik. Kucing yang namanya Tompok tu kerjanya mengawan dan beranak sesuka hati beliau. Si Kiki pula kerjanya bawak balik lipas dari luar rumah. Koko kerjanya tido dan baring setiap masa yang beliau ada.


Aku pernah terpikir seronok tak seronoknya jadi kucing ni. Makan, tidur semuanya terjaga. Hidup takde assignment, takde pape masalah pun. Tapi ada satu benda je yang buat aku taknak jadi kucing, diorang ni suka sumbang mahram. Dosa tu dosa!

Saturday 2 July 2011

Melihat Tibi

Hari ni aku kerja macam biasa. Maksud aku kerja tu adalah makan, tido, buang masa dan buat aktiviti yang membuatkan para ibu berleter panjang. Aku cuba untuk mengelakkan dari terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah ini tapi tak berjaya. Sudahnya, aku cuma mampu berbaring sepanjang hari dan berfikir bagaimana nak mengatasinya. 


Jadi, aku pun bukak tibi dan tengok channel sport. Ada match ragbi, bola sepak wanita, berita entah pape dan macam-macam lagi. Aku main tukar-tukar sampailah kat channel tennis. Ada Sharapova tengah main. Ahh, tengok yang ni jelah.