Friday 4 January 2013

Facebook Gadis

1. Post gambar sendiri.

2. Letak caption "gemuk kan saya ni?"

3. Tunggu orang puji. 

P/s: Langkah ini berkesan untuk yang betul-betul kurus sahaja. 

Wednesday 2 January 2013

Aktiviti Saya

Semalam aku rasa bersalah gila pasal terlalu lama duduk melangok depan laptop dan tak buat pape. Sebagai jejaka harapan mak mertua, aku pun terpikir nak berubah. Aku mula list kan apa benda aku nak buat hari tu. Bermula dengan basuh kasut, basuh baju, sehingga lah kepada study untuk final exam. Exam sebenarnya minggu depan je. Dah siap-siap bawak sabun basuh ngan baldi, aku baru teringat aku takde berus basuh pun. Maklumlah, sebelum ni basuh baju pakai mesin taruk syiling tu aje. Takkan lah nak basuh kasut pakai mesin, ye dak?

Aku pun semangat lah pergi beli berus plastik kat kedai kolej. Dipendekkan cerita, time tu jugaklah hujan turun lebat. Aku pun simpan berus tadi dan tido sampai petang.