Monday 29 August 2011

Terawikh Esok

Suatu malam yang aku rajin nak pergi terawikh, aku pergilah ke masjid untuk berterawikh. Bukan selalu aku boleh jadi rajin sebegini. Aku dah pasang niat sebelum berbuka tadi lagi. Memang hebat pasal dah banyak malam aku termalas terawikh. Bukan apa, walaupun aku tengah takde kerja dan takde syaitan, aku tetap rasa yang aku tengah sibuk menguruskan sesuatu, lantas tak pergi lah terawikh. Tapi, apa yang aku uruskan itu aku sendiri pun taktaw apa dia. 


Lepas je mandi dan bersiap-siap, aku terus pergi masjid naik motor. Sembahyang Isyak aku cukup 4 rakaat. Tak perlu sujud sahwi. Bila dah abes semayang Isyak, aku pun duduk di saf belakang-belakang sementara menunggu semayang terawikh. Masa dah nak start terawikh pulak tetiba aku terlepas angin di punggong. Aku terus start motor balik rumah sambil pasang niat nak terawikh esok hari. 

Sunday 28 August 2011

Pembawa Tuah

Masa sem lepas, aku ada pergi kat kafe kolej aku untuk makan. Setakat ni, memang aku pergi kafe tu untuk makan jelah, tak pernah lagi aku datang untuk basuh kain. Masa tu tak ramai pun orang. Yang lelaki ada lah dalam 2,3 batang. Yang perempuan pulak, setakat nampak beberapa shawl sahaja. Lepas ambik lauk ikan keli sambal dengan sayur yang takde taugeh, aku pun rasa dah memadai untuk lunch aku hari itu. Nak bayar makanan, ramai pulak tengah beratur. Aku pun tunggu jelah kat tempat lauk tu sambil buat-buat tengah mesej orang. Itu memang perangai orang yang tengah sorang-sorang dan malas tegur orang lain. Tiba-tiba, aku terbersin. Habis keluar hampir semua isi hidung dan mulutku, tepat ke lauk-pauk. Line clear, takde orang nampak.


Malam tu, aku pergi lagi kat kafe tu. Sampai kat kaunter, aku tanya akak Indon yang tengah jaga tu pasal jualan hari ni banyak untung ke tak. Alhamdulillah, dia cakap hari tu lah yang paling untung dalam 2 minggu. Aku cuma tersenyum sambil berlalu pergi. 

Saturday 27 August 2011

Shabery Cheek

Hari ni aku dapat mesej power. Masa tak pergi terawikh tadi, tiba-tiba je aku dapat mesej. Ingatkan Celcom yang kasi mesej bongok-bongok macam selalunya, tapi bukan pula. Bila bukak, aku senyum je...


RM0.00 KBS: SALAM AIDIL FITRI, semoga kita terus sejahtera dan ceria di hari raya. Salam ikhlas dpd Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. 


Kenapa aku senyum je? Pasal aku agak mesti Shabery ni pun tak pergi terawikh jugak. 

Friday 19 August 2011

Double Standard

Bila online, kalau tak update blog, aku mesti bukak pesbuk. Mesti. Maksud bukak tu ialah log in dan bukannya aku pergi kopak pesbuk tu sampai jahanam. Bila bukak pesbuk tu, mende pertama aku jumpa biasanya ialah luahan hati dan perasaan sang gadis, tak kurang juga dari sang jejaka. Ini lah trend masa kini remaja yang ada pesbuk. Dahulunya, mungkin khidmat kaunselor diperlukan, sekarang dah tak payah. Cuma, nyatakan sahaja permasalahan anda di status dan tunggu beberapa minit untuk respon friend anda.


Tapi, cara ini sebenarnya sesuai dan afdhal bagi gadis-gadis cantik manis sahaja. Double standard? No, this is normality, this is so normal. If you have the face, you have it all, right?    

Thursday 18 August 2011

Lelaki Mithali

Walaupun sekarang ni zaman budak-budak semua nak jadi urban, perempuan yang pandai masak masih dipandang tinggi dalam masyarakat. Sudah semestinya jejaka-jejaka yang miang atau yang separa miang akan memilih pempuan yang pandai masak untuk dijadikan calon bini. Boleh kata semua lelaki menginginkannya begitu, cuma yang lainnya ialah, sama ada yang pertama atau pun yang seterusnya, hinggalah yang keempat. Nak lebih dari empat tu memang mengundang tidur di sofa.


Sebagai seorang lelaki yang nak bini pandai masak, aku pun pandai masak jugak. Itu kira bonus sebenarnya. Bukan calang-calang lelaki pandai masak ni. Masak yang paling kompleks pernah aku buat ialah, isi air dalam cerek, kemudian letak atas api. Susah taw. 

Wednesday 17 August 2011

Tak Bangun

Bila tengah puasa, aku selalu sahur banyak-banyak dengan harapan tak mudah tewas di siang hari. Nasik tu kalau boleh kena kasi 2 pinggan kurang-kurang. Sekali dengan milo panas untuk menceriakan waktu bersahur. Ceria dia boleh kata macam budak yang baru darjah dua tapi dah pandai eja 'akuarium' dengan betul. Kalau takde milo panas, mau nya tak ceria aku. Mesti rasa sugul dan macam orang baru mati kucing je.


Aktiviti lepas sahur pulak mesti bukak laptop, main game sedas dua dulu. Pastu online. Online ni penting pasal nak kena tunjuk kat semua orang yang aku ni bangun sahur. Ni trend masa kini remaja-remaja kita. Sape yang tak online masa sahur tu, memang sah lah dia tak bangun lagi, ye dak?

Wednesday 3 August 2011

Salah Murtabak

Lepas berbuka tadi, aku pun kenyang. Mana taknya, sekali berbuka tu aku qada' 3 kali punya makan. Air bandung, murtabak, kuih seri muka, ayam merah, keli sambal semuanya aku bantai. Nampaknya mereka selesa bila dah masuk perut aku. Siap menganjing lagi tu, diorang kata macam duduk dalam banglo aje. Besar kemain. Takpelah, abes puasa ni harap-harap banglo tu akan bertukar jadi rumah setinggan. Tu pun harap-harap lah. 


Bila dah semayang Maghrib, aku pun melihat tibi. Bila melihat tibi tu, aku pun terdengar beberapa keping murtabak merayu supaya dihabiskan. Hati aku yang mudah tersentuh ni terus rasa kasihan terhadap mereka. Tanpa fikir sejenak pun, aku habiskan semuanya, sekali dengan kuih-kuih. Air bandung pun aku teguk 2, 3 cawan. Akhirnya, perut aku kembung dan aku hanya mampu melihat dari jauh sahaja jemaah-jemaah yang pergi terawikh.