Tuesday 31 May 2011

Melihat Kapel

Aku lupa nak cerita kejadian masa aku makan nasik lemak hari tu. Selain nampak awek cun bermangkuk besar, aku juga nampak kapel yang sangat romantis. Turun dari kereta sudah berpegang-pegang tangan. Dah masuk kedai pulak, duduk saling berbahu-bahuan. Bergurau manja, mata bertatap mata membuatkan manusia lain di sekeliling begitu cemburu dengan mereka. 


Masa nak bayar kat kaunter pun tangan mereka bagaikan telah digamgajahkan. Tidak mampu untuk dilepaskan. 


Oh ya, lupa aku nak bagitahu, kapel itu terdiri daripada lelaki dan juga lelaki. 

Naik Bas

Hari ni aku naik bas. Bas tu sangat cantik. Tayar dia ada empat, radio pun ada. Dah lah ada air-cond, pastu siap ada stereng lagi tu. Semua ciri-ciri ni membuatkan nafsu aku untuk naik bas tu sangat tinggi. Tanpa berlengah, aku pun naik bas tu. Dengan penuh perasaan bangga, aku masuk dalam bas sambil tersenyum-senyum. 


Sampai seat belakang-belakang, aku terus duduk. Sebelah tingkap. Masa bas nak jalan dah, aku cepat-cepat berlari keluar. Kalau bukan sebab dompet aku tertinggal kat bilik, memang dah lama aku naik bas tu. Selamat tinggal bas. 

Faiz Tapit

Tadi aku bukak blog aku ni. Tiba-tiba je ramai yang tengah baca. Terkejut nokk. Rupa-rupanya Faiz Tapit yang promote blog aku ni. Terharu gila lah wei. Aku ni dah lah blogger newbie. Sebenarnya aku memang dah lama dah baca Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau tu. Memang aku peminat dia nombor satu lah! 


Taw-taw je semalam dia dah tukar header baru. Ada lembu tengah makan rumput. Gerak-gerak lagi tu beb. Entah bila muka Amir kat header aku tu nak gerak-gerak hah? Entahlah. 

Monday 30 May 2011

Cerita Kipas

Esok aku kerja pagi. Sekarang dah pukul 1 pagi pun aku tak tidur lagi. Tak bangun esok mampos aku kena marah ngan bos lagi. Nyesal petang tadi tidur lama-lama.


Dari tadi aku baring je sambil tengok kipas. Dengki pulak aku ngan kipas tu. Hidup dia tak payah fikir banyak benda. Orang tekan suis, pusing-pusing. Orang matikan, tak payah pusing-pusing dah. Dah mati kutu sangat aku pergi lajukan kipas tu. Pastu slow kan balik. Pastu laju lagi. Aku buat banyak-banyak kali.


Padan muka kau kipas! Puas hati aku.

Sunday 29 May 2011

Kena Marah

Esok kena kerja lagi. Jadi kuli ni memang tak seronok langsung. Asyik-asyik aku je kena marah ngan bos. Entah bila lah aku boleh marah dia pulak. Nasib baik anak perempuan dia cun. Badan pun sedap. Hari tu, aku angkut barang kaca nak letak dalam stor. Masa tu anak perempuan dia ada dekat-dekat aku je. Pakai baju macam pelacur. Aku pun tak berkelip lah mata. Jalan pulak tak tengok depan. 


Pangg!!


Habis semua pecah. Situ jugak aku kena marah. Tapi, aku tak puas hati. Pasal tu semua salah anak dia, bukan salah aku. Bangang!

Mesej Babi

Tengah sedap tidur, henset aku bunyik-bunyik. Ingatkan awek-awek montok berdada bidang yang hantar mesej. Sekali tengok,


"TAHNIAH! Nombor sim anda baru sahaja memenangi cabutan bertuah bernilai RM20,000! Sila tuntut wang tunai ini dengan kadar yang segera!!!"


Aku tekan butang reply, aku taip "babi mak kau". 


Kemudian, sambung tidur. 

Sakit Perut

Lepas makan nasik lemak tadi, terus aku sakit perut. Celaka, membazir betul lepas makan terus buang. Bukannya nak simpan lama sikit. Nampaknya syaiton telah berjaya menghasut perut aku untuk membazir. 


Sampai bilik aku terus telanjang. Maksud aku, bertuala. Pergi jamban, terus aku mindset dalam minda apa yang perlu dibuat untuk melegakan perut aku. 5 minit pertama, aku banyak berfikir tentang masalah sosial remaja hari ini. 10 minit seterusnya aku bayangkan malam pertama aku. 15 minit selepas tu, aku mula berfikir tentang kipas di bilikku yang kotor.


Sampai 20 minit kemudian, aku mengalah. Tak jadi berak rupanya aku ni. 

Nasik Lemak

Sarapan tadi aku makan makanan yang dikatakan punca obesiti terhadap kanak-kanak. Katanya dah tak boleh jual kat kantin sekolah. Nasik lemak lah. Nasik lemak punyalah sedap dia tak bagi jual. Bengap.


Tak pasal-pasal aku dah emo pasal nasik lemak. Mana tak nya, nasik lemak tu pekena pagi-pagi sama air teh panas tak ke mengghairahkan? Kena pulak dengan karipap 3 bijik, donat sebijik dengan kuih berger Malaysia 2 bijik. Jadi orang Melayu kalau tak makan nasik lemak baik kau mati dalam perut beruang aje. 


Masa makan nasik lemak tadi, aku nampak sorang awek cun. Muka putih, sesedap mata memandang. Dia order roti canai je tapi aku nampak nasik lemak RM 3.50 atas meja. RM 3.50 woi! Tetiba aku dah makin minat ngan nasik lemak.

Saturday 28 May 2011

Hari Sabtu

Seperti yang kita semua maklum, hari ni hari Sabtu. Sebelum aku mengorak langkah lebih jauh, aku nak ucapkan Selamat Hari Sabtu kepada semua. Boleh tahan kelakar pendahuluan aku ni kan? Lol, lol, lol.


Hari cuti camni biasanya aku keluar berfoya-foya di bandar maksiat untuk membuang masa. Tapi, disebabkan duit dalam dompet aku ni tak reti-reti nak mengawan, terpaksa lah aku berkurung dalam bilik macam gadis perawan menunggu putera katak nya. Kalau cium nanti jadi putera raja yang kacak. Tu baru cium, kalau dah blowjob?


Sebenarnya, pokok pangkal entri ni aku nak bagitaw yang aku baru menyapu bilik pagi tadi. Gadis-gadis bermangkuk C dan ke atas, sila ambil perhatian ye. Itu baru sikit sebenarnya.

Header Baru

Ye, ye, aku taw. Dah ramai yang cakap header baru aku cantik. Hampir lima bulan aku bertungkus-lumus membuatnya. Hebat tak hebat nya aku ni. Tak payah masuk kelas photoshop pun aku boleh power sendiri. Bukan calang-calang hidupan Bumi mampu buat header macam aku. Gambar jantan tak hensem tu gambar Amir Maharaja Lawak sebenarnya. Ugut potong kote pun aku takkan sanggup letak gambar sendiri. 


Siapa-siapa yang nak tempah header blog, boleh tempah ngan aku. Tapi, peluang ni dibuka untuk gadis-gadis bermangkuk C dan ke atas sahaja. 

Fikir Masalah

Bukak mata je, aku terus duduk atas katil. Lepas fikirkan masalah dunia untuk beberapa ketika, aku baring semula. Kemudian aku sambung fikirkan masalah negara. Rumit sungguh hidup aku rupanya. Bila masalah negara dan masalah dunia tak mampu aku selesaikan, terus aku ambik rokok sama lighter.


Asap berkepul-kepul keluar dari hidung aku. Hidung aku macam dalam kebakaran. Nak kol bomba pun aku tak ingat berapa nombor bomba. Jadi aku pun tak kol siapa-siapa. 


Disebabkan hari ni cuti, aku pun ambik keputusan untuk sambung fikirkan masalah dunia dan masalah negara di hari yang tak cuti. Semoga aku mampu melakukannya di lain masa. 

Friday 27 May 2011

Mandi Malam

Tadi aku mandi kat bilik air. Lepas puas menyabun dan menyiram, aku pakai tuala. Sekadar tuala. Keluar bilik air je, aku terperasan something. Ada sorang mamat tu tengok je aku. Hensem gila mamat ni. Tapi, entah apa dia tengokkan aku pun taktaw. Bila diteliti semula, barulah aku perasan aku tengah tengok cermin rupanya. 


Masa nak balik bilik tu, aku jalan ala-ala Rosyam Nor tengah bertuala. Rasa gagah semacam. Sambil jalan tu aku sisir rambut aku yang tengah basah diikuti pula dengan membuat muka yang serius. Sesekali aku mencuit-cuit janggut ku yang ikal mayang. 


Gedebuk! 


Berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun aku semua berterabur. Aku bingkas bangun sambil meneruskan perjalanan ke bilik. Aku harap tadi tu takde siapa-siapa yang nampak.

Jatuh Cinta




"Awak, sekali tengok je pun saya dah jatuh hati kat awak. Tapi, adik saya ni tak jatuh-jatuh pulak. Kalau kita jumpa, kita kapel terus taw. Jangan berani nak reject saya. Karang saya simbah asid kat tempat 'boyfriend wanted' tu baru awak taw"


Yang gersang,
Karim Gonjol

Orang Asid

Walaupun takde notification dari awek-awek bermuka cantik dan bermangkuk C, aku tetap bukak facebook jugak. Bila tengok, ramai cakap pasal orang simbah asid ni. Kejap-kejap area KL, kejap-kejap area Johor pulak. Apa gila orang asid tu ke hulu ke hilir naik motor je. Mungkin sebab naik motor tak kena tol kot. 


Kalau aku jumpa orang asid tu, aku nak berguru lah ngan beliau. Mesti kat sekolah dulu Kimia dia power. Aku belajo Kimia ni memang haram jadah tak paham pape. Kalau Biologi bab reproduction tu memang seronok lah. Nak aplikasikan pun takde masalah. 


Woi orang asid, berapa nombor kau? Ajar aku cepat. Aku nak simbah kat mamat bilik sebelah ni. Dari pagi sampai malam pasang lagu Korea je. Bangang!

Air Teh

Aku buat air teh. Gula kasi 2 sudu. Teh kasi 1 uncang. Taruk air panas penuh-penuh. Godek-godek sampai gula sebati dan warna cekelat sedap mata memandang. Dah siap, aku ambik bau dulu. Kalau terus nak minum itu kerja orang gila. Celaka apa nak minum air panas macam tu aje? 


Aku pun sambung main permainan komputer. Kalau orang putih mesti dia dah panggil game dah. Tapi, aku Melayu sejati, aku taknak panggil game. Kalau mencarut pun aku lagi suka sebut 'babi'. Orang putih mana ada yang sebut babi. Makan babi ada lah. Lol, lol, lol. 


Tengah sedap-sedap main game, aku lupa pasal air teh aku. Alah, aku tak sengaja pulak tulis game. Air teh aku rupanya dah sejuk. Terus aku buang dalam sinki. Ni memang pesen aku dari dulu. Kalau air dah sejuk memang tak sedap nak minum. Kalau minum rasanya macam minum tongkat Ali campur dengan air mani keldai je. Celaka, apa kaitannya?

Kisah Sperma

Dah siang. Bangun-bangun je terus bukak laptop. Gosok gigi ke mandi ke tu terpaksa ditangguhkan dulu. Apa-apa hal mesti kena bukak laptop jugak. Mesti. Kalau tak bukak, rasa macam bukan manusia je. Mungkin macam sperma. Yelah, sperma kan lepak dalam telor je. Mana ada laptop dalam telor. Patutnya bidalan 'seperti katak di bawah tempurung' tu patut ditukar kepada 'seperti sperma di dalam kerandut'. Lol, lol, lol.


Bila dah bukak laptop tu, terus je konek kat internet. Macam biasa, bukak facebook dulu. Twitter ke menatang haram yang lain aku takde pun. Tak sangka rupanya aku ni pun macam sperma di dalam kerandut. Bukak facebook je takde notification langsung pun. Sedih gila. Takde awek pun nak kat aku. 


Bila dah sedih, terus aku bukak website lain. Slow kan volume, kunci pintu, pandang kiri kanan. 


Akhirnya aku bahagia. 

Cerita Gempak

Tak sangka aku akan tulis entri yang kedua malam ni. Memang hebat. Rasa tak percaya pun ada. Kalau hanger kat bilik aku ni pandai cakap, mesti dia pun cakap tak percaya jugak. 


Tiba-tiba pendahuluan aku panjang sangat. Belum masuk isi karangan lagi tu. Kalau dah masuk, taktaw lah panjang mana jadinya entri aku nanti. 


Baiklah, jom masuk kat isi karangan pulak. Aku sebenarnya nak cite pasal aku tengah bosan. Dari tadi aku pegang botol air pastu ketuk-ketuk bahu aku sendiri. Ada lah dalam 10 kali. Ingatkan boleh hilang bosan tapi tak hilang-hilang jugak. Yang hilangnya cuma boxer aku yang kena curik tempoh hari. Entah bangang mana pergi curik. Kesian adik aku yang sorang ni. Monyok je dia bila aku bagitaw boxer dah kena curik.


Okey, tu je nak cite. Habis.

Buat Blog

Hai, aku dah ada blog. Aku buat pun sebab orang lain ada. Jangan tanya pasal apa nama blog ni Karim Gonjol. Nama aku bukannya Karim pun. Tapi, panggil jelah Karim. Aku sebenarnya taktaw pun nak tulis apa kat blog ni. Aku tengah bosan sebab tu aku main buat je blog ni. Rasa cam best je ada blog. 


Itulah sejarah terciptanya blog ni. Habis.