Sunday 1 July 2012

Musuh Sama




Di tempat aku belajar, kami semua ada satu musuh yang sama. Tak kira warna kulit, jambang banyak mana, saiz telor mahupun pointer berapa. Pukul 8 pagi, tak kira cuti atau tidak, itulah waktu mereka mula menyeksa tidur kami, meruntun jiwa kami sebagai pelajar yang hanya ingin bangun lambat sekali-sekala. Apalah kiranya dibiarkan daun-daun itu bebas buat beberapa ketika. 

Thursday 12 April 2012

Akak JPJ

Semalam aku ada pergi ke JPJ pasal nak buat lesen lori. Eh, aku buat lawak aje. Sebenarnya aku nak full kan lesen lah. Lawak kan? Lol, lol, lol. Kat pejabat JPJ tu ada sorang akak. Aku taktaw apa nama beliau, jadi biarlah aku namakan beliau sebagai akak JPJ sahaja. Dah amek nombor giliran aku terus duduk, sambil mata melilau-lilau carik makwe-makwe yang sedap untuk dijadikan santapan mata. Adalah amoi pakai seluar pendek yang tengok dari jauh macam tak pakai seluar pun. 


Dah sampai turn aku, aku pergi kat kaunter nombor 1. Aku kasi salam kuat-kuat kat akak JPJ. Akak JPJ terus je amek I.C ngan gambo aku tanpa mempedulikan salam aku. Bila dah setel sume, aku cakap terima kasih kat akak JPJ. Pun beliau buat taktaw jugak. Selama aku hidup ni, taktaw lah pulak bila kerja sebagai kerani JPJ ni perkataan 'Waalaikumussalam' dan 'sama-sama' tak boleh disebut. Isu ni aku nak bawak ke Parlimen untuk jadi bahan gaduh menteri-menteri. 

Wednesday 11 April 2012

Kebab Bangla

Kat fakulti aku ada sorang abang Bangla jual kebab. Beliau jual kat gerai kecik je, nama gerai beliau ada tulis jawi, Kabab Shawarma bunyinya. Nak tulis jawi kat dalam blog tak boleh pulak. Abang Bangla ni baik orang nya, selalu senyum-senyum kat orang, bukan macam abang kedai kasut kat Segamat tu, jual kasut lama sangat sampai lupa dah macam mana nak senyum kat orang. Muka pun dah macam tapak Asadi dah. 


Berbalik kepada kisah abang kebab, hari tu ada sorang mamat nak beli kebab. Mungkin bukan budak fakulti aku pasal tengok muka pun macam baru first time cecah kaki kat fakulti ni. Dia nak beli kebab pastu cakap omputih lagi. "Emmm... Can you... Can you wrap the kebab... With plastic...?" 


Kemudian, abang Bangla tu senyum je sambil menjawab, "bungkus?". "Hah ye, bungkus", jawab mamat tu. Abang Bangla tu senyum sinis sahaja. Aku hanya mampu gelak kuat-kuat dalam hati. 

Monday 27 February 2012

Peribahasa Tipu

"Sameon Abidin, kite salah jalan ni!", jerit Tarmizi Saat. Lantas beliau sedaya upaya mengundurkan perahunya. Arusnya deras, mereka berdua gigih berusaha. Sungai itu telah banyak menenggelamkan manusia. Takut, gelisah, semuanya di dalam kepala mereka.


Tiba-tiba, muncul seekor buaya sepanjang lori yang selalu bawak durian. Sameon dan Tarmizi pun mati kena makan ngan buaya. Sebelum mati, mereka sering percaya bahawa terlajak perahu itu boleh diundur. Ternyata cikgu BM mereka menipu sahaja. Habis.