Friday 24 June 2011

Melihat Bola

Semalam aku pergi melihat bola, Malaysia lawan Lubnan kat kedai mamak. Suasana hingar bingar, orang sangat ramai. Baik lelaki, baik perempuan. Yang tak baiknya, hisap shisha ramai-ramai. Aku duduk kat meja paling tepi sekali, dengan kata lainnya, kalau ada budak baru dapat lesen lalu situ, memang aku lah orang pertama mati dulu. Masa aku sampai situ Malaysia dah gol 2 bijik dah. Lepas tu, game boring nak mampos sampai tahap nak makan roti canai 2 keping pun tak lalu dah. 


Bila dah boring tu, aku pergi tengok benda lain. Serius lagi best dari bola. Sekali tengok memang mata tu tak kelip-kelip dah. Lama gila aku tenung, maklumlah, aku ni rabun malam sikit. 


Dah lama sikit tu, akhirnya dapat jugak aku buat keputusan, memang sah awek depan aku tu pakai coli kaler biru.

Wednesday 22 June 2011

Mesej Syaiton

Hari ni aku dapat mesej babi lagi. 


Yang, sedang buat apa? Nak tengok gambar/video bikini saya? (18SX) Senang je, type ON NI hantar ke 37873. Mesti happy! Optout call 0128728676


Sender: 013-4064099


Nasib baik kredit aku dah habis je, kalau tak boleh aku reply macam-macam.

Tuesday 21 June 2011

Kawan Hacker

Aku terkejut gila bila ada sorang sahabat aku ni dia kata dia seorang hacker. Sekali tengok muka macam orang kerja tanam taugeh tepi rumah orang je, macam mana aku nak percaya. Nak pulak install Angry Birds pun terkial-kial macam orang zaman Parameswara baru jumpa komputer. Tu belum lagi suruh bukak e-mel guna Microsoft Outlook. Tapi kalau nak download porn yang HD punya memang dia lah tuan besar. 


Dia punya eksyen kata dah pandai hacking ni kalau boleh nak bagitaw satu dunia. Aku tak puas hati, pastu dia ajak aku tengok macam mana dia hack secara live. Aku pun ikut je ke bilik dia. Dia ambik mouse pasang kat belah kiri laptop dia. Pastu dia keluarkan mouse lagi satu, pasang kat belah kanan pulak. 


Kemudian, dia cakap, "tadaaaaa, dah jadi pun!"


Terus aku luku kepala beliau. 

Monday 20 June 2011

Baru Lagi

Kalian mesti terkejut kan dengan blog aku sekarang. Ini dah kali ketiga header aku bertukar wajah. Dan seperti yang dijangka, semuanya cantik-cantik belaka. Jangan disangka header yang ni tiada apa-apa maksud tersirat di sebaliknya, Ada, siapa kata takde dia memang bangang abadi lah. 





Sekali imbas pun dah taw bahawa aku cuba untuk menyelitkan unsur-unsur keriangan dan kegembiraan masyarakat yang hidup sejahtera di dalam komuniti masyarakat Malaysia. Pelbagai warna orang lidi menunjukkan warna-warni ceria yang zahirnya daripada persepakatan, persefahaman dan juga keharmonian hidup mereka. 


Oh, tak lupa juga, kepada gadis-gadis bermangkuk C dan ke atas, kalau nak header yang cantik-cantik macam ni, boleh mintak secara percuma dari abang Karim ye. 

Melalak Lagu

Aku paling benci tengah malam tak boleh tido. Pastu mula lah terkial-kial taktaw nak buat apa. Dari tadi aku melalak lagu Mawi kuat-kuat dengan harapan jiran-jiran akan terbangun dan sudi berborak dengan aku. Tapi, hampeh. Semua tido mampus. Semua taknak bangun. Aku dah sakit tekak nyanyi lagu Kian, lagu Awie pastu lagu Peterporn. Nak melalak lagu Acha Septriasa tak sampai hati pulak. 

Aku pun bukak laptop, main game. Tengah main game tetiba rasa tak sedap hati. Bulu roma meremang. Jantung berdetak kencang. Satu badan aku menggeletar. Serius rasa dah lain macam. Terus aku lari keluar bilik. 

Masuk jamban, aku pun berak. Ahh, nasib sempat. Lega.


Thursday 16 June 2011

Macho Gila

Lelaki 1: Perghh. Macho gila lah kau ni

Lelaki 2: Eh, takde lah. Biasa-biasa saja.

Lelaki 1: Betul lah wei, aku tak tipu. 

Lelaki 2: Apa macho sangat ke aku ni?

Lelaki 1: Iye, serius wei. 

Lelaki 2: Tapi, ko pun macho jugak. Aku serius. 

Lelaki 1 dan 2: Heheh. *Muka bangga*

Inilah contoh perbualan aku dalam hati kat depan cermin 
tiap kali lepas potong rambut. 

Wednesday 15 June 2011

Bengang Gila

Hari ni aku terbangun awal. Bangun-bangun je khemah dah terpasang. Tinggi kemain. Lantas aku mengambil sarapan ku. Orang kata kalau tak ambik sarapan nanti otak tak cerdas. Khemah pun tak tinggi. Tu sebab aku suka sarapan. Sarapan aku standard bujang-bujang je. Bakar, hisap-hisap, hembus-hembus, pastu kenyang lah. Tu jelah sarapan aku. 


Tapi, pagi ni aku bengang sikit. Sape curik lighter aku ni woi?

Benci Kau



Aku benci mamat ni. Boleh siapa-siapa bagitaw 
apa fungsi beliau dalam Maharaja Lawak?

Juliana Evans

Nanti aku nak tengok cerita KL Gengster. Cerita macam ni senang je rating nak naik pasal orang Melayu ni ramai yang bengap-bengap lembu suka cerita gaduh-gaduh. Aku suka jugak cerita gaduh-gaduh tapi aku tak bengap-bengap lembu lah. Pasal apa? Suka hati aku lah nak tulis apa. Lol, lol, lol. 

Tapi, yang aku tak paham nya, apa jadah fungsi Pekida kat dunia ni? Untuk support filem gaduh-gaduh ke apa? Kalau camtu aku nak gaduh dengan Juliana Evans atas katil. Tengok siapa tindih siapa, siapa kat atas, siapa kat bawah. 

Ahhh, nak Google lah kejap. 

Tangkap Basah

Sekarang pukul 3 pagi lebih. Jap, pukul 3 pagi lebih ke pukul 3 lebih pagi? Persoalan tu aku simpan dalam minda buat sementara waktu. Ada masa nanti, aku rujuk cikgu BM aku. Sebenarnya aku dah tido pukul 12 malam lebih tadi. Alah, timbul pula persoalan lagi satu. Takpe takpe, simpan dulu. 


Aku terbangun pasal mimpi lagi. Tapi, kali ni, mimpi kena tangkap basah. Dah lah dengan budak kolej aku. Dalam mimpi tu, masa kami tengah buat apa yang sepatutnya, ada orang ambik gambar dari lubang pintu. Pastu dia pergi heboh-heboh kan kat seluruh rakyat jelata sampai kantoi.


Sekarang aku nak tanya, kamera jenis apa yang boleh ambik gambar dari lubang pintu tu? Aku nak start simpan duit ni.

Saturday 11 June 2011

Perempuan Bogel

Hari ni bangun tido je kepala aku pening. Semalam aku mimpi kena kejar dengan perempuan bogel. Tapi yang peliknya, dalam mimpi tu aku boleh lari pulak. Yelah, dah namanya kena kejar mestilah nak lari kan. Aku sendiri tak paham kenapa aku nak larikan diri dari perempuan bogel tu. 


Bukan sepatutnya aku yang kejar ke?


Oh ya, perempuan bogel yang kejar aku tu sebenarnya macam Adibah Noor, patutlah aku lari. Alhamdulillah, dia tak dapat tangkap aku.

Thursday 2 June 2011

Nyamuk Gigit

Piap! Piap! Tak kena. "Babi", itulah perkataan pertama keluar dari mulut aku yang suci ni. Badan aku habis bintat-bintat kena gangbang ngan nyamuk durjana. "Takyah gigit aku dah lah bongok!", marahku sepenuh hati. Bengang sungguh rasanya cakap ngan makhluk tak reti bahasa ni. Ni salah cikgu aku dulu lah pasal tak ajar bahasa nyamuk ni. 


Takde cara lain, aku bungkus badan aku dalam comforter. Baju pakai, seluar panjang sekali. Coli je malas pakai. 10 minit, seronok takde nyamuk kacau dah. 20 minit, peluh-peluh. Bukak balik comforter, duduk bawah kipas. Nyamuk datang balik. 


Redha jelah, memang kau tak reti bahasa! 

Wednesday 1 June 2011

Mimpi Seram

Semalam pukul 4 pagi aku terjaga dari tido. Mimpi seram gila. Bukan mimpi jumpa momok atau raksasa Gorgon, tapi aku mimpi lagi teruk dari tu. Serius takleh tido dah. Tapi, aku tertido jugak lepas tu. Biasalah, ayat kena gempak. 


Bila dah terjaga tu, terus aku lepak sama kawan baik aku yang tak tido lagi. Aku panggil dia Ton. Dia tak banyak cakap pun, dia rilek je. Sebenarnya, aku pun takleh cakap banyak-banyak bila lepak ngan dia. Nanti terbatuk-batuk aku. Walaupun ramai cakap jangan kawan ngan dia, aku pedulik apa. Dia banyak asap, tu yang best tu. Hilang tensen.


Lepas lepak ngan Ton, aku pun tido balik. Habis. 
Alah, Ton tu Winston lah.