Thursday, 8 December 2011

Lepasan Kuliah

Baru bangun tido, mata rasa mengantuk lagi. Hendak bangun gosok gigi terasa panjang perjalanannya. Hendak bangun lipat selimut tak sampai hati pula. Jadi, aku pun baring semula. Tengah baring, perutku mula berbunyi. Bising benar gamaknya meminta disumbatkan makanan secara pukal. Malas nak melayan, aku sekadar buat taktaw saja. Makin dibuat taktaw, makin bising jadinya. Bila bunyian perutku sudah mula mengikut rentak Justin Bibir, aku terpaksa bertindak segera. Roti dalam loker aku ambil dan jamah secara gelojoh tak ingat dunia. Sesudah habis rotinya, perutku berterima kasih kepadaku. 


Aku togok air kosong beberapa saat. Sendawa kejap. Okey lah tu, kira kenyang dah. Aku ambil hensetku dan main Doodle Jump sekejap. Lepas tu, main game lain. Sesudah main game henset, aku main game laptop pula. Sampailah aku tersedar yang aku dah terlepas satu kuliah. Menyesal pun tak guna, mende dah jadi. Aku pun main game lagi sampailah terlepas kuliah yang lain. 

5 comments:

Cik Mon Kiera said...

ehsamelah, harini aje due kuliah & tutor telah ditinggalkan.

syabas!

NHMS said...

nanti gtau lect. sory, overslept. habis cite.

El said...

hahah bengong

kisah hati said...

sungguh terpengaruh membaca entry ni arghhhhh

Tara Asrar (NEW) said...

arghhh kenapa aku gelak2 sampai terkuat ni!