Lepas berbuka tadi, aku pun kenyang. Mana taknya, sekali berbuka tu aku qada' 3 kali punya makan. Air bandung, murtabak, kuih seri muka, ayam merah, keli sambal semuanya aku bantai. Nampaknya mereka selesa bila dah masuk perut aku. Siap menganjing lagi tu, diorang kata macam duduk dalam banglo aje. Besar kemain. Takpelah, abes puasa ni harap-harap banglo tu akan bertukar jadi rumah setinggan. Tu pun harap-harap lah.
Bila dah semayang Maghrib, aku pun melihat tibi. Bila melihat tibi tu, aku pun terdengar beberapa keping murtabak merayu supaya dihabiskan. Hati aku yang mudah tersentuh ni terus rasa kasihan terhadap mereka. Tanpa fikir sejenak pun, aku habiskan semuanya, sekali dengan kuih-kuih. Air bandung pun aku teguk 2, 3 cawan. Akhirnya, perut aku kembung dan aku hanya mampu melihat dari jauh sahaja jemaah-jemaah yang pergi terawikh.
8 comments:
hehe. terawih kat rumah pun tak apa.
hahaha...
ada jin tumpang tido dalaqm perut tu.
hati2...hahaha
x terawikh pun sbenanye. hahaha
takdelah, jin dah kena ikat dah sume
kesian murtabak tersebut..hahaha..
beso bukan main perot yer ~ haha
makan ke mentekedarah?
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2011/08/skema-ke-aku.html
hahahha..lawak..murtabak d salahkan...
kenyg la teww :P
Post a Comment