Tuesday, 21 June 2011

Kawan Hacker

Aku terkejut gila bila ada sorang sahabat aku ni dia kata dia seorang hacker. Sekali tengok muka macam orang kerja tanam taugeh tepi rumah orang je, macam mana aku nak percaya. Nak pulak install Angry Birds pun terkial-kial macam orang zaman Parameswara baru jumpa komputer. Tu belum lagi suruh bukak e-mel guna Microsoft Outlook. Tapi kalau nak download porn yang HD punya memang dia lah tuan besar. 


Dia punya eksyen kata dah pandai hacking ni kalau boleh nak bagitaw satu dunia. Aku tak puas hati, pastu dia ajak aku tengok macam mana dia hack secara live. Aku pun ikut je ke bilik dia. Dia ambik mouse pasang kat belah kiri laptop dia. Pastu dia keluarkan mouse lagi satu, pasang kat belah kanan pulak. 


Kemudian, dia cakap, "tadaaaaa, dah jadi pun!"


Terus aku luku kepala beliau. 

9 comments:

neyna's said...

apakebenda hacker nye mcm tu. duh!

Dee Chicuita said...

sumpah aku tak paham =,=

Terbelog said...

ko tlg luku untuk aku sekali

Yuyu Musa said...

hahahahha...

mcm comel je pasang 2 mouse..nk wat jgk la..pinjam 1 mouse..haha

Faiz Tapit said...

nah amek ni

Siti Mashitah Saidin said...

hahahaha!

CikBulat said...

hahaha. cishh !

rotashia faizal said...

memang patut kena luku pun.. hahah

Anonymous said...

serius x paham.