Sunday, 29 May 2011

Nasik Lemak

Sarapan tadi aku makan makanan yang dikatakan punca obesiti terhadap kanak-kanak. Katanya dah tak boleh jual kat kantin sekolah. Nasik lemak lah. Nasik lemak punyalah sedap dia tak bagi jual. Bengap.


Tak pasal-pasal aku dah emo pasal nasik lemak. Mana tak nya, nasik lemak tu pekena pagi-pagi sama air teh panas tak ke mengghairahkan? Kena pulak dengan karipap 3 bijik, donat sebijik dengan kuih berger Malaysia 2 bijik. Jadi orang Melayu kalau tak makan nasik lemak baik kau mati dalam perut beruang aje. 


Masa makan nasik lemak tadi, aku nampak sorang awek cun. Muka putih, sesedap mata memandang. Dia order roti canai je tapi aku nampak nasik lemak RM 3.50 atas meja. RM 3.50 woi! Tetiba aku dah makin minat ngan nasik lemak.

4 comments:

Yuyu Musa said...

K

Karim Gonjol said...

ape ni?

suka merapu said...

mesti lauk ayam tu..sebab tu RM3.50

muhamadsufian89 said...

nasi lemak RM 3.50?? macam tersirat bunyi die. kalau betul ape yang kau cakap memang besar la. haha