Friday, 27 May 2011

Mandi Malam

Tadi aku mandi kat bilik air. Lepas puas menyabun dan menyiram, aku pakai tuala. Sekadar tuala. Keluar bilik air je, aku terperasan something. Ada sorang mamat tu tengok je aku. Hensem gila mamat ni. Tapi, entah apa dia tengokkan aku pun taktaw. Bila diteliti semula, barulah aku perasan aku tengah tengok cermin rupanya. 


Masa nak balik bilik tu, aku jalan ala-ala Rosyam Nor tengah bertuala. Rasa gagah semacam. Sambil jalan tu aku sisir rambut aku yang tengah basah diikuti pula dengan membuat muka yang serius. Sesekali aku mencuit-cuit janggut ku yang ikal mayang. 


Gedebuk! 


Berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun aku semua berterabur. Aku bingkas bangun sambil meneruskan perjalanan ke bilik. Aku harap tadi tu takde siapa-siapa yang nampak.

4 comments:

Apih said...

novel ke cerpen ni? ekeke

Scarlett O'Hara said...

Ni bukan gonjol le Karim.Ni kreatif!!!Kelakar!!

Yuyu Musa said...

grrrrr

biskut said...

aku lagi suka mcm ni. santai